Ahad, 18 Julai 2010


Assalammualaikum....

Sudah lama saya tidak ad sebarang post....
mintak maaf kepada semua....dalam beberapa minggu kebelakangan ni..saya dalam keadaan sibuk....
baru sekarang ni ad sedikit masa..
Insyaallah...dalam beberapa hari lagi..saya akan post sesuatu yang baru tentang komputer...insyaallah tentang pengaturcaraan...
Semoga berjumpa lagi....
read more " "

Ahad, 16 Mei 2010


Dibawah tajuk ini,saya akan menerangkan secara ringkas mengenai sistem komputer yang mana melibatkan beberapa komponen untuk menghasilkan satu sistem komputer yang lengkap...

Sistem komputer dikenali sebagai kombinasi komponen-komponen untuk memproses data dan menyimpan fail-fail.

Sistem komputer terdiri daripada beberapa komponen iaitu empat komponen utamanya antaranya adalah: peralatan input,peralatan output,pemproses dan peralatan penyimpan..

Sistem komputer juga melibatkan hardware,software,dan pengguna untuk melengkapkan fungsinya...

Software merujuk set pemberitahu(instructions) yang akan memberitahu hardware apa yang perlu dilakukannya. Software juga boleh membuat pelbagai fungsi lain seperti berkomunikasi dengan software lain dan berinteraksi dengan manusia..

Pengguna merujuk kepada seseorang yang menggunakan komputer untuk pelbagai tujuan seperti kerja,busines dan permainan.

COMPUTER HARDWARE
hardware komputer terdiri daripada:
.input devices
.output devices
.processor
.storage devices

Baiklah... untuk peralatan masuk(input) contohnya adalah seperti:
-papan kekunci.
-kayu ria
-mikrofon
Pemprosesan(processor):
-CPU(CENTRAL PROCESSING UNIT)
Peralatan keluar(output):
-pencetak(printer)
-pembesar suara
-plotter
peralatan penyimpan(storage):
-pendrive
-hard disk..

Inilah sedikit sebanyak yg dapat saya terangkan setakat ini...tentang komputer sistem...semoga anda semua faham...dan dpat dimanfaatkan..
read more "SISTEM KOMPUTER...."

sudah lama saya tak menulis sebarang post tuk blog nih... tak pe saya akan teruskan penulisan saya mengenai teknologi dan generasi masa kini....

alhamdulillah..syukur kepada Allah...di atas limpah kurnianya..dapat saya meneruskan penulisan ini...

Melihat kepada perkembangan dunia teknologi hari ini amatlah membanggakan kita sebagai umat manusia...yang pada dahulunya..jika dilihat kepada sejarah manusia sangatlah naif pada ketika itu...nmun,pemikiran manusia amatlah cepat perkembangannya seperti mana terciptanya alam ini...Allah mengurniakan akal yg sangat bijak kepada manusia tuk berfikir...berfikir..dan terus berfikir...tuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia ini..

Melalui akal manusia yg kreatif inilah terciptanya pelbagai teknologi baru...dan semakin berevolusi dari semasa ke semasa..

Insyaallah, saya akan menceritakan sedikit tentang sistem komputer,computer security, dan network security...diharap,melalui maklumat ini..dapatlah dimanfaatkan....
read more "salam sejahtera semua..."

Rabu, 13 Januari 2010



Seperti yang sering diperkatakan,teknologi melenkapkan lagi kehidupan kita. Penggunaan (ICT) dalam kehidupan kita mendatangkan kemaslahatan kepada kita. Antaranya adalah:

PENDIDIKAN
Penggunaan (ICT) dalam pendidikan banyak memberikan kemudahan kepada guru-guru, pelajar, penyelidik dan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana, melalui kemudahan ini dapat mempermudah dan mempercepatkan dalam setiap urusan mereka. Penggunaan komputer oleh guru adalah untuk mencari tambahan pembelajaran melalui internet dan sebagainya. Pelajar pula menggunakan komputer untuk membuat capaian internet bagi mendapatkan maklumat tentang pembelajaran dan membuat kerja.

PERBANKAN
Penggunaan komputer dalam perbankan hari ini memudahkan setiap urusan kita dalam membuat urusan bank. Penggunaan perbankan elektronik pada hari sangat meluas oleh semua bank di dunia. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:
  • Automated Teller Machine(ATM)
  • Cheque Deposit
  • Electronic Fund Transfer
  • Direct Deposit
  • Pay by Phone System
  • Personal computer banking
Melalui kaedah perbankan elektronik ini, pelanggan bank boleh membuat transaksi tanpa had iaitu 24 jam dimana-mana sahaja tanpa terikat dengan waktu operasi bank.

INDUSTRI
Penggunaan teknologi masa kini dalam sektor perindustrian dapat menjana pengeluaran yang produktif serta menjamin satu pulangan yang lumayan disamping dapat mengurangkan kos pengeluaran sesuatu output. Selain itu, produk yang dihasilkan juga amat berkualiti. Antara kelebihannya adalah:

Pekerja
  • meminimumkan penggunaan tenaga mahir dan memaksimumkan penggunaan jentera dan mesin. Hal ini dapat mengurangkan risiko sesuatu pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia.
Penyelidik
  • menggunakan teknologi untuk menjalankan penyelidikan terhadap sesuatu output yang baru. Hal ini untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dari semasa ke semasa.
read more "Kelebihan Menggunakan Teknologi (ICT) Dalam Kehidupan Seharian"

Assalammualaikum dan salam sejahtera...............

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana saya dapat membuat sebuah blog mengenai teknologi dan generasi masa kini. Blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada kita mengenai teknologi. Mengenai apa yang dikatakan sebagai Information and Communication Technology(ICT) akan saya terangkan sedikit demi sedikit...insyaallah............

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dapat dilihat pada hari ini semakin pesat membangun dari semasa ke semasa. Ramai ahli perniagaan masa kini berpusu-pusu merebut peluang dalam perniagaan yang melibatkan teknologi ini. Banyak syarikat di dunia ini membangun dengan memperkenalkan gadget baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini membuktikan bahawa kepesatan pembangunan teknologi adalah kesan daripada globalisasi.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa dengan kewujudan teknologi ini memudahkan lagi urusan kehidupan manusia seharian. Hal ini demikian kerana tanpa wujudnya teknologi ini, manusia tidak dapat berhubung dengan saudara mara atau sahabat handai yang jauh. Dengan adanya telekomunikasi yang serba canggih seperti telefon mudah alih, internet dan sebagainya dapat menghubungkan seseorang yang dalam jarak jauh yang sukar untuk dihubungkan sebelum kewujudan alat telekomunikasi seperti yang ada pada hari ini.

Namun begitu, teknologi juga membawa impak yang negatif kepada tamadun manusia dan alam ini. Sikap rakus manusia yang sememangnya sukar untuk dikikis telah membawa kepada kemudharatan alam ini. Kejumudan segelintir manusia dalam menggunakan teknologi telah banyak memusnahkan alam ini. Mereka hanya memikirkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruknya. Hal ini boleh mengancam kelestarian alam ini. Akhirnya, manusia juga yang menerima musibahnya.

Akhir kata dari saya, teknologi bukanlah satu perkara untuk mencari keuntungan semata-mata. Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk menjadikan teknologi ini satu landasan untuk kita terus maju kehadapan dan jangan kita sesekali mencemarkannya agar kita dapat menjamin kehidupan yang lestari pada masa hadapan.
read more "Kata Alu-aluan oleh Mohammed Zharief"
 

Template Information




THE GENERATION OF TECHNOLOGY




Popular posts

Mengenai Saya

Foto saya
welcome to my blog... and make sure u follow my blog.. n_n

find this blog..

Blogger templates

Blogger news


( *

S a l a m S e j a h t e r a