Rabu, 13 Januari 2010

Kata Alu-aluan oleh Mohammed Zharief


Assalammualaikum dan salam sejahtera...............

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana saya dapat membuat sebuah blog mengenai teknologi dan generasi masa kini. Blog ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada kita mengenai teknologi. Mengenai apa yang dikatakan sebagai Information and Communication Technology(ICT) akan saya terangkan sedikit demi sedikit...insyaallah............

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dapat dilihat pada hari ini semakin pesat membangun dari semasa ke semasa. Ramai ahli perniagaan masa kini berpusu-pusu merebut peluang dalam perniagaan yang melibatkan teknologi ini. Banyak syarikat di dunia ini membangun dengan memperkenalkan gadget baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini membuktikan bahawa kepesatan pembangunan teknologi adalah kesan daripada globalisasi.

Sememangnya tidak dinafikan bahawa dengan kewujudan teknologi ini memudahkan lagi urusan kehidupan manusia seharian. Hal ini demikian kerana tanpa wujudnya teknologi ini, manusia tidak dapat berhubung dengan saudara mara atau sahabat handai yang jauh. Dengan adanya telekomunikasi yang serba canggih seperti telefon mudah alih, internet dan sebagainya dapat menghubungkan seseorang yang dalam jarak jauh yang sukar untuk dihubungkan sebelum kewujudan alat telekomunikasi seperti yang ada pada hari ini.

Namun begitu, teknologi juga membawa impak yang negatif kepada tamadun manusia dan alam ini. Sikap rakus manusia yang sememangnya sukar untuk dikikis telah membawa kepada kemudharatan alam ini. Kejumudan segelintir manusia dalam menggunakan teknologi telah banyak memusnahkan alam ini. Mereka hanya memikirkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruknya. Hal ini boleh mengancam kelestarian alam ini. Akhirnya, manusia juga yang menerima musibahnya.

Akhir kata dari saya, teknologi bukanlah satu perkara untuk mencari keuntungan semata-mata. Oleh itu, saya menyeru kepada semua untuk menjadikan teknologi ini satu landasan untuk kita terus maju kehadapan dan jangan kita sesekali mencemarkannya agar kita dapat menjamin kehidupan yang lestari pada masa hadapan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Template Information




THE GENERATION OF TECHNOLOGY




Popular posts

Mengenai Saya

Foto saya
welcome to my blog... and make sure u follow my blog.. n_n

find this blog..

Blogger templates

Blogger news


( *

S a l a m S e j a h t e r a