Rabu, 13 Januari 2010

Kelebihan Menggunakan Teknologi (ICT) Dalam Kehidupan Seharian



Seperti yang sering diperkatakan,teknologi melenkapkan lagi kehidupan kita. Penggunaan (ICT) dalam kehidupan kita mendatangkan kemaslahatan kepada kita. Antaranya adalah:

PENDIDIKAN
Penggunaan (ICT) dalam pendidikan banyak memberikan kemudahan kepada guru-guru, pelajar, penyelidik dan pihak sekolah. Hal ini demikian kerana, melalui kemudahan ini dapat mempermudah dan mempercepatkan dalam setiap urusan mereka. Penggunaan komputer oleh guru adalah untuk mencari tambahan pembelajaran melalui internet dan sebagainya. Pelajar pula menggunakan komputer untuk membuat capaian internet bagi mendapatkan maklumat tentang pembelajaran dan membuat kerja.

PERBANKAN
Penggunaan komputer dalam perbankan hari ini memudahkan setiap urusan kita dalam membuat urusan bank. Penggunaan perbankan elektronik pada hari sangat meluas oleh semua bank di dunia. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

  • Automated Teller Machine(ATM)
  • Cheque Deposit
  • Electronic Fund Transfer
  • Direct Deposit
  • Pay by Phone System
  • Personal computer banking
Melalui kaedah perbankan elektronik ini, pelanggan bank boleh membuat transaksi tanpa had iaitu 24 jam dimana-mana sahaja tanpa terikat dengan waktu operasi bank.

INDUSTRI
Penggunaan teknologi masa kini dalam sektor perindustrian dapat menjana pengeluaran yang produktif serta menjamin satu pulangan yang lumayan disamping dapat mengurangkan kos pengeluaran sesuatu output. Selain itu, produk yang dihasilkan juga amat berkualiti. Antara kelebihannya adalah:

Pekerja
  • meminimumkan penggunaan tenaga mahir dan memaksimumkan penggunaan jentera dan mesin. Hal ini dapat mengurangkan risiko sesuatu pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia.
Penyelidik
  • menggunakan teknologi untuk menjalankan penyelidikan terhadap sesuatu output yang baru. Hal ini untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dari semasa ke semasa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Template Information




THE GENERATION OF TECHNOLOGY




Popular posts

Mengenai Saya

Foto saya
welcome to my blog... and make sure u follow my blog.. n_n

find this blog..

Blogger templates

Blogger news


( *

S a l a m S e j a h t e r a